Dec 24, 2011

Secawan Kopi Hitam (Part 2)






p/s: Sila ke OLDER POST untuk ke PART 1..





      “I tak sangka pulak you ingat I lagi. Well, it’s been a long time kan. So.. How’s life?” Alessia memulakan perbualan. Dia masih tak percaya bahawa hari itu dia akan bertemu Darren, rakan sekelasnya semasa di tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Alessia telah berpindah sekolah semasa di tingkatan 4 kerana mendapat tawaran ke sekolah lain.

      “Hmm okey je. You? Makin cantik je I tengok. Hehe,” sempat Darren menggatal. Demam tidak membataskan segalanya. Yeah! Inilah masanya. Sejak pertama kali dia terpandang wajah Alessia sepuluh tahun lalu, dia sudah jatuh cinta namun tiada peluang langsung untuk mengurat. Mungkinkah ini masanya?

      Alessia tertawa kecil. “Yeke? Ada-ada je you ni. But I take it as a compliment. So, thank you! I pun okey je, nothing’s special..” Alessia tersenyum bangga. Siapa tak bangga kena puji? Orang gila pun bangga weh!

      Mereka kemudiannya bertukar cerita tentang kehidupan masing-masing. Cerita selepas tamat SPM beberapa tahun lalu menjadi topik utama. Alessia turut menceritakan pengalamannya belajar di negara orang. Darren kagum, gadis cantik seperti Alessia masih mampu hidup berdikari serta berjauhan dari keluarga.
    
    “Oh.. Hmm okey la Al, I think I should go.. Nak kena makan ubat,” kata Darren sambil menunjukkan plastik putih di tangannya. Sudah agak lama mereka berbual sehingga kepalanya mula terasa berat dan dia ingin cepat pulang ke rumah dan terus berehat.

      “Oh, okey sure, I pun ada hal ni. So, take care and get well soon!”

      “Thanks! Err Al, I rasa I tak nak lost contact dengan you lagi so.. Would you mind to give me your phone number?”


----------------------------------------


     Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Darren tersenyum sampai ke telinga. Betul-betul ikhlas senyumannya sehinggakan gigi putihnya yang tidak tersusun begitu jelas kelihatan. Dia tidak dapat menyembunyikan lagi perasaan gembiranya setelah mendapat nombor telefon rumah Alessia. Telefon rumah pun okey apa. Kau mampu?
     
     Namun, senyuman kebahagiaan yang terpancar di wajahnya tidak bertahan lama apabila kereta Suzuki Swift yang dipandunya sudah menghampiri perkarangan rumah. ‘Kacau!’ Darren mendengus marah.

     Kelibat Eva Noemi yang duduk di atas basikal sambil menekan-nekan loceng rumahnya begitu menjengkelkan di mata Darren. Kalau ada bom tangan di tangannya sudah dia lemparkan ke arah Eva Noemi tika dan saat itu juga biar gadis itu lenyap dari pandangan mata.

      Darren menekan hon keretanya dengan kuat. Nasib baik jiran-jirannya ramai yang bekerja dan tiada di rumah. Kalau tak, dengan dia sekali kena bom dengan bom tangan. Baru dia tau KLCC tinggi ke rendah.

      “Woi, kau nak apa ni?!” herdik Darren sekaligus memeranjatkan Eva Noemi. Dia hampir melompat dari basikalnya kerana terkejut dengan sergahan itu.

      “Saya cari awak la! Dah seminggu saya contact awak tapi tak dapat. Risau saya tau! Tu yang saya cari awak kat rumah. Awak sakit eh? Muka pucat je..” terpancar riak risau dari wajah Eva Noemi. Dia takut jika sesuatu yang buruk menimpa Darren.

      “Sibuk ah kau! Bukan susahkan kau pun. Kau balik boleh tak? Jangan nak menyemak kat sini,” tanpa menunggu balasan dari Eva Noemi, Darren terus memarkir keretanya di laman depan rumah dan mengunci pintu pagar hadapan.

      Eva Noemi memerhatikan saja setiap gerak geri Darren itu. Seburuk mana pun layanan yang diterima, dia tidak kisah asalkan dia dapat menatap wajah Darren dan dapat memastikan bahawa Darren berada dalam keadaan yang baik-baik saja. Bukan baik-baik sayang ya.. Itu tajuk lagu Wali Band.






      PAGI itu Eva Noemi bangun lebih awal daripada biasa. Selesai mandi, dia menuju ke dapur dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur ayam. Niat di hatinya ingin menyediakan bubur ayam special untuk diberikan kepada Darren. Mungkin esok dia boleh menyediakan bubur kambing special pula? Oh memang semacam bunyinya bukan?

      Selesai masak, dia memasukkan bubur ayam ke dalam bekas makanan dan kemudian dia akan menghantarnya sendiri ke rumah Darren. Tapi sebelum itu, dia singgah di gerai makanan untuk membeli minuman horlicks panas memandangkan di rumahnya memang tak akan ada horlicks. Kalau ada pun siapa nak minum? ‘Horlicks tak sedap!’ Itu katanya sejak kecil lagi. Err, horlicks memang tak sedap kan? HAHA.

      Basikalnya dikayuh laju menuju ke rumah Darren. Dia menyanyi kecil sehingga semput. Itulah, tengah kayuh basikal pun nak menyanyi ke? ‘Nak menyanyi pergi la masuk Vokal Bukan Sekadar Rupa!’ kata-kata Darren suatu ketika dulu terngiang-ngiang di telinganya.

      Loceng rumah Darren ditekan beberapa kali. Sekali, dua kali, tiga kali, berkali-kali.. Senyap. ‘Macam takde orang je.. Tapi kereta ada,’ Lehernya dipanjangkan untuk melihat di sebalik tingkap dan pintu. Masih tiada pergerakan. Loceng ditekan lagi. ‘Kalau takde jugak, aku blah.’

      Hampa. Sudah lebih sepuluh kali loceng ditekan namun masih tiada jawapan mahupun kelibat yang muncul. Eva Noemi pasrah. Bubur ayam yang dibawa ditinggalkan saja di tepi pintu pagar. Eva Noemi kembali memanjat basikalnya dan dikayuh perlahan meninggalkan perkarangan rumah itu dengan perasaan hampa.

      Darren menghela nafas lega. Mujur sahaja Eva Noemi tidak dapat menangkap kelibatnya tadi. Setelah memastikan bahawa Eva Noemi sudah jauh meninggalkan kawasan rumahnya, Darren cepat-cepat keluar dan mencari apa yang dibawa oleh gadis itu tadi.


----------------------------------------


      Kini, Darren berperang dengan perasaannya sendiri. Bubur ayam di dalam bekas berwarna pink itu ditatap dengan penuh tekanan. Sungguh, emosinya kini terganggu dengan kehadiran bubur ayam yang berbau harum dan nampak menyelerakan itu.

      ‘Ini mesti dia ada mandrem ni. Nanti aku makan tiba-tiba pulak aku boleh tersangkut kat dia. Oh no way man! Dia pikir aku bodoh apa nak makan makanan yang dia bagi!’ detik hati Darren.

      ‘Tapi.. Dunia sekarang wujud lagi ke mandrem-mandrem ni? Mana tau dia memang ikhlas nak bagi? Dia kan sayang aku ketat-ketat! Hehe..’ Berbeza pula tanggapannya kali ini. Dia keliru, keegoannya berperang dengan kelaparan. Yang manakah akan menang? Hehh.

      Setelah lama berfikir sehingga bertambah pusing kepala otak, Darren mencolek sedikit bubur itu dengan jari dan dijilat dengan teragak-agak.

      ‘Hmm..’ Dia mencoleknya lagi, lagi, dan lagi.. Sehinggalah tanpa sedar, dia mencapai sudu dan menyuap bubur ayam itu ke mulut dengan rakus seperti mangsa kapal karam yang terperangkap di lautan selama seminggu tanpa makanan.

      ‘Sedap-sedap macam ni confirm la dia beli kat mana-mana kedai pastu masukkan dalam tupperware pink ni. Eleh, macam la aku tak tau,’ Darren menghabiskan suapan terakhir. Sedap betul sampai licin bekas makanan bersaiz sederhana itu.

      Air horlicks panas pula dihirup perlahan dengan penuh feel. Memang lengkap sarapannya pagi itu. Dah la free, sedap pulak tu! Untung la kau Darren.. Sedang asyik menghirup minuman kegemarannya, handphone Darren berbunyi menandakan ada mesej masuk. Mesej dibuka dan...


Sedap kan bubur yang saya masak? :)


      DANGGG! ‘What the..’ Kini baru dia sedar bubur tadi sudah habis ditelan tanpa was-was. Sepantas kilat dia membuat pecutan 100 meter ke tandas dan memuntahkan kembali makanan yang ditelannya tadi. Haha sadis!






      KIPAS siling di biliknya dipandang kosong. Putaran kipas yang laju itu membuatkan kepalanya bertambah pening. Dia mengalihkan pandangan ke tepi katil. Ubat-ubatan yang diberi oleh doktor tempoh hari sudah hampir habis namun demamnya masih belum kebah.

      Darren mengeluh perlahan. Semuanya gara-gara Eva Noemi. Gara-gara bubur ayam yang dimasaknya. Kalau tidak kerana dia memuntahkan bubur itu tempoh hari, pasti demamnya sudah beransur pulih. Mana taknya, tenaganya yang tidak seberapa telah habis digunakan untuk mengeluarkan semula bubur ayam yang sudah enak mendiami perutnya.

      Tiba-tiba Darren teringat sesuatu. Dia mencari handphonenya. Di tepi katil, di atas tilam, seterusnya di bawah bantal, di bawah katil, namun tiada. Dia menggaru kepala yang tiba-tiba gatal.

      “Mana handphone aku ni?” tanyanya kepada diri sendiri. Pasti dia terkejut kalau tiba-tiba ada suara ghaib yang menjawab “Ni haa.. Ada pada aku..” Haha!

      Dia terduduk di penjuru katil setelah penat mencari namun batang hidung handphonenya masih tidak kelihatan. Handphone ada batang hidung? Layan.. Peristiwa-peristiwa sebelumnya diimbas kembali. Suku minit.. Setengah minit.. Tiga perempat minit.. Dan spontan dia bangun menuju ke arah almari. Almari dibuka dan..

      “Finally! I found you baby!” Darren tersengih-sengih memeluk handphonenya yang dijumpai dalam almari pakaian. Sebenarnya dia yang meletakkan handphone itu di situ kerana stress dengan gangguan yang tak putus-putus dari Eva Noemi. Mungkin perlu digunting, dikerat, atau digigit baru boleh putus.

      Cepat-cepat dia menghidupkan handphone itu dan.. Nah! Berpusu-pusu mesej masuk. Kalau mesej itu manusia, pasti ramai yang sudah masuk ICU kerana dipijak.

      49 panggilan masuk telah diterima dari Eva Noemi. Gadis itu sudah benar-benar keterlaluan. Eh, macam skrip sinetron pula. Tapi itu masih belum keterlaluan dengan mesej-mesej yang lain. 34 mesej kesemuanya. Dibuka satu persatu..


Hai Darren. Semoga cepat sembuh! :)


Macam mana? Dah sihat? :)


Good night awak. Jangan lupa makan ubat tau! :)


      Darren mencebik. Perlu ke hantar mesej sebegitu? Mesej-mesej lain dari Eva Noemi terus dipadam tanpa segan silu walaupun ketika itu dia belum mandi. Ah, apa kaitan mandi dengan delete mesej? Maaf. Walaupun mesej-mesej itu belum dibaca.

      Tapi ada satu mesej yang menarik perhatian Darren. Mesej dari nombor yang tidak dikenali. Mesej itu dibuka.


Hai Darren..
I’m thinking of you lately.
How do you feel? Dah sihat?
- Alessia


      Alessia! Darren baru teringat tentang gadis itu. Gadis idamannya sejak di tingkatan 1. Dia tidak menyangka Alessia akan menghubunginya. Dengan handphone pulak tu! Macam ni baik tak payah bagi nombor telefon rumah! Darren tersengih bangga.



bersambung...




No comments:

Post a Comment