Dec 22, 2011

Tinta penulis (cerpen)




Hai dan salam muhibah semua. Baiklah, mungkin ramai yang taktau sekarang ni aku sedang menulis cerpen. Ya, sedang. Aku dah start tulis sebelum STPM lagi tapi.. tapi.. ya tapi kau kena paham kalau menulis sebelum exam idea itu pasti akan hilang setelah kepala otak aku sarat dengan fakta-fakta pelajaran. Maka, auta-auta yang dicipta oleh imaginasi aku pun hilang seiring dengan peredaran masa.

Sebelum ni aku memang suka menulis. Sejak tingkatan 4 tapi setiap cerpen atau novel yang aku cuba tulis tak pernah berakhir dengan ending yang bernama 'ending'. Dia selalu berakhir dengan ending yang bernama 'perkembangan' mahupun 'permulaan'. Ya, kau pun patut bersedih.

Aku tak pernah terfikir pun nak teruskan buat cerpen ataupun nak buat cerpen kat blog sebab aku takut cerpen tu tak siap. Wakaka. Tapi setelah aku, bukan aku je tapi kami dicabar oleh seseorang iaitu cik Azri Aliah, aku pun mula rasa macam "CABAR WEH?? CERPEN WEH??" Lalu aku pun mula mencari idea untuk dipersembahkan kepada beliau.

Idea untuk cerpen yang bakal aku persembahkan ni datang tanpa diundang. Tiba-tiba je dia datang time aku tengah duduk termenung malas nak study. Tidak lama kemudian, aku pun memulakan perenggan pertama dan lepas mula menulis, idea datang mencurah-curah bak menuang milo ke cawan.

Tapi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari apabila hidup aku, jiwa aku, dan hati aku telah dikejutkan dengan kejutan yang maha dahsyat. Idea-idea aku mula hilang, ingin ditangkap ku tak mampu. Aku pun membiarkan diri aku cool dengan kejutan-kejutan tu barulah aku sambung balik penulisan aku. Orang kata "Ala Vee, hati tengah berbunga takkan takde idea kot?" Ya, memang takde idea sebab cerita yang aku tulis langsung tiada kena mengena dengan bunga-bunga di hati.

Cerpen yang aku tulis memang bertemakan CINTA tapi kau perlu tahu cerita cinta ada banyak jenis. Bukan semuanya indah namun tak semuanya pahit. Jadi aku harap cerpen pertama aku ni akan memberi pengajaran kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment