Dec 23, 2011

Secawan Kopi Hitam (Part 1)






“Siapa kata bertepuk sebelah tangan tak berbunyi? Kalau tepuk dinding dengan sebelah tangan kan berbunyi jugak! Bunyi kuat lagi!”

“Kalau macam tu pergi la tepuk dinding sampai roboh!”



----------------------------------------


     SEPERTI biasa, pagi itu handphone Darren berbunyi nyaring hingga membuatkan mimpi-mimpi indahnya bertaburan seperti ditiup angin puting beliung. Dalam keadaan separa sedar, handphone itu dicapai dan butang 'reject' ditekan selamba tanpa sedikit pun rasa bersalah. Matanya dipejam semula mengharapkan mimpi indah tadi akan kembali menyinggah.

      Belum sempat dia melayan mata yang masih mengantuk, handphonenya kembali berbunyi. Kali ini bukan panggilan, tapi menandakan ada mesej masuk. 'Ah, kacau betul!' keluh Darren. Siapa tak menyampah kalau setiap hari dapat panggilan dan mesej dari seseorang yang mendatangkan malapetaka dalam hidup? Dahlah time sedap tidur pulak tu! Darren sudah tidak tahan.

      Namun kali ini dia terpaksa mengalah. Mengalah dengan gangguan yang tidak patut dari Eva Noemi. Ya, gadis itu sudah benar-benar menguji tahap kesabarannya. Dia bingkas bangun dan membersihkan diri. Hari itu dia sudah plan baik punya untuk keluar berjalan-jalan sambil cuci mata. 'Pergi joging best jugak!' Darren senyum teruja. Dia berharap dengan pergi berjoging dia boleh melepaskan tekanan yang telah dibawakan khas oleh Eva Noemi.







       "Good morning Darren!" sergahan Eva Noemi itu membuatkan Darren tersedak walaupun ketika itu dia tidak menghirup apa-apa air. Betapa berkuasanya sergahan gadis itu sehingga boleh mendatangkan impak yang begitu besar kepada kekuatan fizikal Darren. Dia terbatuk kecil tapi sudah cukup membuatkan wajah cerahnya berubah kemerahan.

      "Woi, gila apa main sergah-sergah orang??! Kalau aku ada sakit jantung macam mana?? Haa yang kau ni buat apa kat sini? Skodeng aku eh?!" hembus Darren berdas-das langsung tak beri peluang kepada Eva Noemi. Dadanya diurut perlahan meredakan kejutan tadi.

       Eva Noemi terkebil-kebil memandang Darren. Tidak lama kemudian dia tergelak. "Kecohlah awak ni. Saya cakap good morning je.. Tak kan tu pun terkejut? Tak gagah betullah!" dia menyambung ketawa. Geli hati melihat gelagat Darren yang terkejut seperti terlihat hantu penanggal. Err kenapa mesti penanggal?

      Darren mengeluh. Memang tak guna bercakap dengan Eva Noemi sebab dia memang spesies manusia yang tak makan saman. Mungkin sebab banyak benda lain yang boleh dimakan seperti nasi, roti, ayam goreng, mee rebus dan sebagainya.

      Darren diam. Malas hendak melayan kesewelan gadis kecil molek di hadapannya. Pintu pagar rumahnya dikunci dan dia terus berlalu meninggalkan Eva Noemi yang dari tadi tak berganjak dari depan rumahnya.

      "Awak! Tunggu!" Eva Noemi terkedek-kedek mengejar Darren dari belakang. Pelik dia dengan perangai pasif lelaki itu. Dah tau pelik, kejar jugak kenapa? Eva.. Eva..

      "Kau nak apa? Boleh tak kalau sehari je tak ganggu hidup aku? Rimas tau tak?!"

      "Awak nak pergi joging eh? Saya nak ikut!"

      Darren mengeluh lagi. Batinnya menjerit tapi tak didengari sesiapa, termasuk Eva Noemi.








      Sudah setengah jam Darren dan Eva Noemi joging bersama atau dalam kata yang paling tepat, sudah setengah jam batin Darren berada dalam keadaan yang kritikal. Gadis yang dari tadi mengekorinya tidak tahu erti putus asa. Dia terus berusaha mendapatkan respon positif dari Darren.

      Eva Noemi terus bercerita. Rancak. Dari cerita zaman tadika sampailah zaman dia tamat SPM baru-baru ini. Darren pula semakin rancak berlari meninggalkannya yang tercungap-cungap keletihan. Itulah, siapa suruh berbual time joging. Kan dah semput!

      Belum sempat Darren berjaya melarikan diri, Eva Noemi sudah berada betul-betul di belakangnya. Tak beri peluang langsung untuk Darren bersendirian.

      “Awak, saya penatlah! Jom la pergi minum dulu..” ajak Eva Noemi dengan penuh manja walaupun dalam keadaan termengah-mengah.

      Langkah Darren terhenti. Eva Noemi di belakangnya sudah duduk di kerusi yang disediakan sambil mengipas-ngipas tubuhnya yang kepanasan. Peluh yang menitik di dahinya dilap dengan lengan baju.

      “Jom!” jawab Darren ringkas namun mampu membuatkan mata Eva Noemi bersinar-sinar kebahagiaan. Dia mendongak memandang wajah Darren yang berkerut-kerut menahan kepanasan. Eva tersenyum bangga kerana akhirnya dia mendapat respon yang positif dari lelaki itu.

      Senyuman Eva Noemi yang agak luar biasa itu menakutkan Darren. Cepat-cepat dia berlari meninggalkan Eva Noemi yang masih duduk sambil membetulkan rambutnya yang sudah mula kusut.

      “Awak, tunggu!” Eva Noemi bingkas bangun dan mengejar Darren yang sudah semakin menjauh. Dia memang tak mahu berjauhan dengan lelaki itu walaupun lelaki itu berusaha dan sentiasa berdoa agar mereka akan dipisahkan buat selama-lamanya.


----------------------------------------


      Darren memilih tempat duduk di bahagian luar kafe. Sudah menjadi kebiasaannya memilih tempat duduk di bahagian luar kerana dia suka menikmati angin semulajadi yang sepoi-sepoi bahasa namun angin semulajadi yang dilepaskan oleh manusia amat mengganggu keselesaan fizikal dan mentalnya.

      Eva Noemi pula hanya mengikut kemana saja Darren pergi. Kalau boleh ikut sampai ke tandas pun dia sanggup. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Darren. Mudah untuk mereka bertentangan mata nanti. Oh itu cuma khayalan Eva Noemi dan yang pasti Darren tak ingin pun bertentangan mata dengannya.

      “Awak nak minum apa?” tanya Eva Noemi mesra tetapi soalannya bagaikan angin lalu sedangkan Darren asyik memerhati siling kafe. Nampak sangat malas nak layan. Siling kafe pun boleh jadi cantik secara tiba-tiba.

      Tidak lama kemudian, seorang pelayan kafe mengambil pesanan. Yela, tak kan dua orang kot. Over betul? Haha!

      “What? Coffee?” tanya Darren separuh berbisik setelah pelayan tadi meninggalkan meja. Soalan itu sebenarnya ditanya kepada dirinya sendiri. Wajahnya berubah pelik. Jika tidak dikawal wajahnya sudah iras-iras wajah terkejut Miss J. Alexander dalam rancangan realiti America’s Next Top Model.

     “Apa masalahnya dengan kopi? Haram ke?” tanya Eva Noemi selamba. Sudah minuman kegemarannya kopi, maka haruslah dia memesan kopi untuk diminum. Tak kan nak order beer pulak!

     “Okey apa minum kopi. Daripada awak, minum horlicks. Macam budak-budak!” Dia tidak mahu kalah. Kalau kopi boleh jadi isu, Horlicks pun apa kurangnya. Permasalahan ini perlu diselesaikan dengan segera.

      “What? Hello cik kak, kau pikir minum kopi tu dah besar sangatlah? Setakat air pahit, hitam legam pulak tu! Lama-lama muka kau pun boleh jadi hitam legam. Hahaha!” sengaja Darren ingin menyakitkan hati Eva Noemi dengan harapan dia akan pergi dengan kemaluan eh dengan perasaan malu yang tidak terkira.

      Eva Noemi hanya mampu menarik nafas panjang. “Suka hati awaklah. Kopi ni memanglah buruk, hitam legam.. Awal-awal je rasa pahit nanti lama-lama rasa manis apa. Tak manis jugak tambahlah gula banyak-banyak. Tapi sekarang kan tengah kempen kurangkan gula..”

      Whatever!” laju Darren memotong kata-kata Eva Noemi. ‘Dia pikir aku nak dengar dia membebel apa?’ Darren mendengus kasar. Perasaan menyampahnya yang semakin membuak-buak terhadap Eva Noemi hanya tuhan saja yang tahu. Eva Noemi pula seperti tiada perasaan malu dan masih mampu memberikan senyuman manis kepada Darren walaupun dia tahu senyumannya itu tidak akan berbalas.


      



      SEMINGGU telah pun berlalu namun seminggu yang berlalu itu tidak mengubah apa-apa perasaan Eva Noemi terhadap Darren dan begitu juga sebaliknya. Eva Noemi terus mengganggu kehidupan Darren sedangkan Darren terus berusaha menjauhkan dirinya dari Eva Noemi sehinggalah dia terpaksa berjumpa dengan doktor pakar.

      “You tak ada apa-apa sakit yang serius, just normal fever. So you kena banyakkan rehat and drink a lot of plain water. Jangan makan makanan berminyak, lagi bagus kalau makan bubur, okey?” pesan doktor dengan mesra bagaikan pesanan seorang makwe kepada pakwenya.

      Darren hanya mengangguk-angguk tanda faham. Dalam fikirannya sudah terbayang tilam empuk kepunyaannya yang bercadarkan imej Spongebob. Sesungguhnya dia ingin cepat pulang ke rumah, makan ubat dan seterusnya tidur.

      Selesai membayar bil perubatan, Darren segera meninggalkan klinik namun baru tiga langkah dia melewati pintu masuk klinik, namanya dipanggil. Kali ini dia pasti suara itu bukan milik Eva Noemi. Mustahil jika gadis itu telah mengubah suaranya dalam masa seminggu. Tapi kalau betul macam mana? Gulp!

      Darren memalingkan wajahnya perlahan. Satu, kerana dia suspen dan kedua, fizikalnya tidak berdaya untuk bergerak pantas. Yela, kan demam.

      “Err.. Alessia??”



bersambung...





p/s: Aku rasa cerpen aku ni terlalu panjang untuk dipost terus, takut korang seram nak baca. Aku selitkan gambar supaya mata korang tak juling tengok huruf-huruf yang banyak dan kecik tu. Baik kan aku? Hahaha.




No comments:

Post a Comment