Dec 29, 2011

Secawan Kopi Hitam (Part 3)




p/s: Sila ke OLDER POSTS untuk ke bahagian-bahagian sebelumnya..




      BUNYI loceng rumah yang ditekan beberapa kali mematikan keasyikan Darren yang sedang ber'Skype' dengan Alessia. Heh heh. Dengan pantas dia berlari-lari anak menuju ke arah pintu untuk melihat siapa yang datang tanpa diundang pada malam hari begini. HAHA.

      Setelah pintu rumahnya dibuka, Darren pelik kerana tiada seorang pun yang berada di hadapan rumahnya ketika itu. Walaupun perasaan seram mula menguasai diri, dia tetap memberanikan diri untuk berjalan menuju ke  arah pintu pagar dan ketika itulah kelihatan sejambak bunga ros merah diletakkan betul-betul di hadapan pagar rumahnya.

      Ada sekeping kad yang diletakkan di atas jambakan bunga itu. Kad itu diambil dan dibuka perlahan. Tulisan yang tertulis di dalamnya dibaca satu persatu.




Darren Beck, sudikah awak menjadi boyfriend saya? Sudilah kiranya
awak menjadi boyfriend saya ya? :D
- Eva Noemi Sanne



      Darren terkejut bukan kepalang. Lamaran yang tidak diduga itu memeranjatkannya. Jantungnya bagaikan ingin melompat keluar dan meninggalkan tubuhnya yang ketika itu sedang menggigil kegelian.

      Gila! Eva Noemi memang sudah gila, tidak dapat disangkal lagi. Dia gilakan Darren yang langsung tidak gila padanya. Yang ada cuma Darren menjadi gila kerana ingin melepaskan diri darinya.

      Jambakan bunga ros merah yang gah itu segera dicampakkan ke dalam sebuah kotak. Nasib yang sama juga menimpa kad dengan ucapan lamaran tadi. Kedua-duanya dicampakkan ke dalam kotak yang mengandungi surat khabar dan majalah-majalah lama.

      Darren masuk semula ke dalam rumah dan ketika itulah handphonenya berdering menandakan ada mesej masuk.


So, awak setuju tak jadi boyfriend saya? :D


      Darren mengeluh. Gadis itu memang betul-betul tak tahu erti putus asa. Dah tahu dirinya akan ditolak mentah-mentah pun dia masih berani untuk bertanya. Memang tak tahu malu betul!

     
Tak nak la gila!


      Balas Darren ringkas tapi cukup bermakna dan menusuk kalbu. Geli seluruh bahagian tubuhnya dengan lamaran Eva Noemi itu. Betul-betul perigi cari timba!


----------------------------------------


      HARI Ahad itu Darren keluar bersama Alessia. Dia benar-benar sudah jatuh cinta dengan gadis lemah lembut itu bahkan cintanya tidak pernah pudar dari zaman sekolah menengah dulu. Alessia pula seakan-akan membalas cintanya walaupun agak malu-malu untuk membalas kata-kata manis Darren.

      “Al, I ada something nak bagitau you..” Darren memulakan kata-kata. Jantungnya berdebar-debar, suhu badannya pula turun dengan tiba-tiba.

      “Apa dia?” tanya Alessia dengan suara yang sungguh lunak.

      Darren menarik nafas dalam dan dihembus perlahan. Dia perlu meluahkan isi hatinya terhadap Alessia tika dan saat ini juga. Jika bukan sekarang, bila lagi?

      “I.. I rasa I.. Tak, I memang.. I suka kat you..” Fuh! Degupan jantungnya semakin laju dan wajahnya sudah bertukar merah.

      Alessia diam. Sebuah senyuman kecil dihadiahkan kepada Darren. Darren semakin cair seperti ais krim yang dibiarkan di tengah panas.

      “I pun suka you..” balas Alessia ringkas namun mampu membuatkan Darren melayang-layang di udara sambil tangannya dibiarkan menyentuh awan putih yang gebu serta halus.

      Gedebuk! Bagaikan terhempas ke bumi, Darren terjatuh dari tempat duduknya. Semua mata di dalam restoran itu kini tertumpu padanya. ‘Alamak hai, buat malu je!’

      Alessia menghulurkan tangannya dan disambut oleh Darren dengan perasaan yang bercampur baur. Malu dan bangga. Atau mungkin hanya bangga kerana Alessia sudi menghulurkan tangan padanya dan yang penting, Alessia juga suka padanya.



----------------------------------------


      DARREN teramat gembira. Dia pulang ke rumah dengan hati yang berbunga-bunga sambil menyanyikan lagu bunga-bunga cinta nyanyian Misha Omar. Dia berkira-kira ingin ke pusat karaoke untuk melayan perasaannya. Tambahan pula sudah agak lama dia tidak ke pusat karaoke yang berdekatan dengan kawasan perumahannya itu.

      Semasa di simpang sebelum memasuki kawasan rumahnya, dia terlihat Eva Noemi yang sedang mengayuh basikal. Pasti ingin menziarahi rumahnya tanpa diundang seperti selalu.

      “Woi, kak! Nak pergi mana?” tegur Darren dengan agak ramah. 'Agak' ah.. Hehh. Eva Noemi terus membrek basikalnya dan menoleh ke arah datangnya suara itu.

      “Eh, Darren! Saya nak pergi rumah awak la, hantar ni!” jelas Eva Noemi sambil menunjukkan bekas makanan yang tidak kelihatan apa di dalamnya.

      “Apa tu?” tanya Darren spontan sambil tersengih-sengih. Eva Noemi pelik dengan sifat ramah Darren kali ini. Tidak kerek seperti kebiasaannya.

      “Takde apa, kek je.. Saya buat sendiri tau. Nak bagi awak rasa..”

      Darren mengangguk-angguk sambil senyuman tidak lekang dari bibirnya.

      “Kau free tak lepas ni? Jom pergi karaoke!” tanya Darren tiba-tiba.

      Eva Noemi menggosok-gosok matanya. Adakah ini realiti? Dia seakan-akan tidak percaya dengan pelawaan Darren itu. Matanya terkebil-kebil memandang Darren yang sudah lama menunggu jawapan darinya.

      “Nak tak?” tanya Darren lagi apabila melihat Eva Noemi hanya diam tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

      Eva Noemi hanya mengangguk-angguk seperti orang bodoh. Darren tergelak melihat reaksinya itu sambil menggeleng-geleng kepala. Angguk-angguk geleng-geleng betullah!


----------------------------------------


      “Sedap jugak suara kau eh. Kau boleh masuk Vokal Bukan Sekadar Rupa ah, serius. Kalau kau masuk mesti kau menang,” puji Darren dalam penghinaan.

      “Menang tu yang saya tak nak. Nanti famous sangat, susah.. Tak bolehlah saya datang jenguk awak setiap hari,” balas Eva Noemi selamba. Darren hanya tertawa kecil. ‘Budak kecik ni ada je yang nak jawab!’

      “Haha, kau ni sweet doe kadang-kadang. Kadang-kadang ah, jangan perasan pulak!”

      “Sweet?” Mata Eva Noemi mula bersinar-sinar. Benarkah apa yang dia dengar dari mulut Darren sebentar tadi? Sweetkah dia?

      “Err, tak tak! Annoying! Menyampah doe aku kat kau, hahaha!” Darren ketawa terbahak-bahak tanpa rasa bersalah. Gembira sungguh hatinya ketika itu.

      Eva Noemi hanya mencebik. Ego. Lelaki memang ego. Dia dapat rasakan bahawa Darren sudah mula suka padanya. Lihat saja pada layanan lelaki itu terhadapnya sekarang. Mungkinkah Darren sudah mula menerima lamarannya tempoh hari? Harharhar!

      “Kau memang tak penat eh hari-hari cari aku? Perigi cari timba kau tau tak?” tanya Darren serius. Nadanya terus berubah. Memang sudah lama dia ingin bertanya hal itu kepada Eva Noemi.

       “Apa masalahnya kalau perigi cari timba pun. Tak salah kan? Lagipun dunia sekarang ni saya rasa okey je kalau perigi cari timba. balas Eva Noemi selamba. Tangannya menggaru-garu lengannya yang gatal digigit nyamuk.

      “Bagi aku tak senonoh okey. Macam desperate sangat nak berlaki. Tak malu ke?” tanya Darren tanpa memandang wajah Eva Noemi.

      Eva Noemi terdiam. Malas hendak membalas kata-kata Darren yang sungguh berbisa itu. Dia tahu niat Darren yang ingin memalukannya.

      “Mana la tau satu hari nanti awak suka saya balik.. katanya perlahan namun kata-katanya itu mampu didengari oleh Darren. Darren tersenyum sinis.

      “Hei, kau cermin dulu diri kau tu. Kau ingat aku nak ke kat kau? Tak kan punyalah! Jangan nak perasan. Kau tu bertepuk sebelah tangan je, memang tak kan berbunyi la.. Darren mula ketawa. Geli hatinya mendengar kata-kata gadis di hadapannya itu.

      “Siapa kata tepuk sebelah tangan tak berbunyi? Kalau tepuk sebelah tangan dengan dinding kan berbunyi jugak. Bunyi kuat lagi! kata Eva Noemi bangga kerana dapat membalas kata-kata Darren sehingga wajah lelaki itu bertukar merah.

      “Kalau macam tu pergi la tepuk dinding sampai roboh! Darren bengang. Ada saja kata-katanya yang disangkal oleh Eva Noemi. Dia terus mendiamkan diri. Eva Noemi masih tersenyum hingga kembang kempis hidungnya.


----------------------------------------


      KINI, sudah hampir 3 bulan pertemuan semula antara Darren dan Alessia. Mereka sudah semakin rapat dan kerap keluar bersama. Darren merasa ada keserasian antara dia dan Alessia. Eva Noemi juga masih tetap menghubungi Darren seperti biasa walaupun layanan yang diterima tetap dingin seperti dulu.

      Pagi itu Darren bersiap awal untuk menemui Alessia. Alessia sudah berjanji untuk menonton wayang bersamanya. Sudah acap kali dia mengajak gadis itu menonton wayang tapi ada saja alasan yang diberikan namun tanpa diduga, kali ini Alessia menerima pelawaannya itu.

      Darren bernyanyi kecil sambil melihat dirinya di hadapan cermin. ‘Handsome gila wajah aku..’ Sempat dia berperasaan perasan. Rambutnya dipacak-pacakkan sehingga betul-betul tegak. Kalau ada cicak jatuh pasti cicak itu akan menemui ajal dengan cara yang sungguh tragis.

      Selesai mempersiapkan diri, Darren segera keluar dan membuka pintu pagar rumah. Enjin kereta dihidupkan  dan keretanya meluncur keluar dari perkarangan rumah dengan selambanya sehingga…

      “Arghhh!!” Dengan serta merta brek ditekan. Darren melihat cermin pandang belakang. ‘Bunyi apa tu?’ Darren cemas. Mustahil kalau dia terlanggar orang sedangkan tadi tiada sesiapa berada di hadapan rumahnya itu.

      Darren keresahan di dalam kereta. Dia ingin melihat apa yang berlaku namun dia bimbang ada orang yang ingin mengenakannya. Sesekali matanya menjeling cermin pandang belakang dan cermin sisi namun masih tiada sebarang objek atau manusia mahupun binatang yang kelihatan.

      Tidak lama kemudian, terdengar suara esakan seorang gadis. Darren mengamati suara itu. Itu suara… Eva Noemi!

      Cepat-cepat Darren keluar dari kereta dan melihat apa yang berlaku. Dia terperanjat apabila melihat Eva Noemi sudah terduduk betul-betul di belakang keretanya sambil menangis menahan kesakitan. Basikalnya sudah terpelanting jauh ke tengah jalan.
     
      “Weh, pompuan! Kau buat apa kat sini? Boleh blah tak? Aku nak cepat ni!”

       Eva Noemi mendongak memandang Darren. Dia pelik dengan sikap Darren yang berubah-ubah terhadap dirinya. Sekejap baik, sekejap kerek. Datang bulan apa mamat ni?.

      Darren mendengus kasar. Geram apabila melihat Eva Noemi di situ. Tidak penatkah gadis itu mengejar dirinya? Eva Noemi yang menahan sakit direnung tajam. Kalau boleh ditelan, sudah lama dia menelan gadis itu hidup-hidup.

      “Dah, kau tak payah nak berdrama kat sini. Kau berambus sekarang!” Darren masuk semula ke kereta dan menekan hon apabila Eva Noemi masih terkial-kial di belakang keretanya.

      Dengan tidak sengaja, basikal Eva Noemi yang terpelanting ke tengah jalan digilis oleh kereta Darren. Dia ingin menjerit namun suaranya bagaikan tersekat di kerongkong. Dia berlari mendapatkan basikalnya yang sudah remuk, tidak dapat diselamatkan lagi.

      Tanpa sedar, Darren sudah hampir tiba ke destinasi. Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

      “Ya Al, what’s up? Dah tak sabar nak jumpa I dah ke?” Darren tersengih sendiri. Perasan sungguh kau Darren!

      "Err, Darren.. I’m so sorry.. I tak boleh jumpa you hari ni. Tiba-tiba ada hal urgent pulak.. Sorry okey?” Bersungguh-sungguh dia mengucapkan kata-kata itu. Takut Darren tidak percaya.

      "Eh, yeke? Hmm okay la kalau macam tu. Take care..” Dalam hati, Darren hampa. Dia tahu itu sekadar alasan dari Alessia. Alessia masih tidak mahu keluar menonton wayang dengannya. Tapi kenapa?

      ‘Damn! Memang bawak bala la si Eva ni. Ada je bala kalau aku jumpa dia. Huh!’ Darren merengus marah.


----------------------------------------


      EVA Noemi duduk di taman seorang diri. Basikalnya yang remuk dipandang sayu. Hatinya juga remuk. Dia kecewa, geram. Darren langsung tidak  berperikemanusiaan, langsung tidak bersimpati padanya. Selama ini dia sudah cukup bersabar dengan sikap Darren yang dingin namun dia tidak menyangka begini pembalasan Darren terhadapnya.

      Air matanya mula gugur. Sampai hati Darren merosakkan basikalnya. ‘Lepas ni aku nak naik apa?’ Dia mengeluh. Kalau marah pun, tak usahlah sampai merosakkan harta orang. Mungkin salahnya juga kerana terlalu tergila-gilakan orang yang tak pernah menghargai apa yang telah dia lakukan.

      Tiba-tiba dia teringat layanan Darren yang mesra padanya beberapa bulan yang lepas. Lakonankah itu? Eva Noemi pelik. Darren memang penuh misteri. Dia boleh jadi baik dan boleh bertukar kejam pada bila-bila masa sahaja yang dia suka.

      Eva Noemi tersedar dari lamunan apabila beberapa orang kanak-kanak berlari di hadapannya. Mungkin benar, bertepuk sebelah tangan memang tidak akan berbunyi sampai bila-bila. Dia pasrah.





bersambung...




No comments:

Post a Comment