Jan 2, 2013

Thank you.



1 Januari 2013. Syukur masih diberi peluang untuk hidup. Sambutan tahun baru kali ni diakui tak berapa nak meriah sebab kat Melaka ni tak banyak bunga api. Tapi apapun, terima kasih daun keladi kat entah siapa gerangan yang main bunga api yang menyedarkan aku dan Mai yang ketika itu sedang khusyuk bercerita bahawa time tu dah pukul 12. Kalau tak memang sampai subuh aku duduk kedai makan tu dengan Mai dok cerita kenangan dari tadika sampai laa ni.

Sempena tahun baru ni jugak, genaplah setengah tahun aku mengharungi pahit getir percintaan dengan si kekasih hati. Amboi uols. Ni first time aku couple lama macam ni. Kira ni yang paling lama aa. Sebelum ni paling lama pun 4 bulan lebih kot. Nampak tak ke-serius-an aku kali ni? Haha.

Bila dah sampai setengah tahun macam ni barulah nak mengimbau balik kenangan masa crush dulu. Tak sia-sia aku crush kat dia ni sebab sampai sekarang aku crush lagi kat dia tak pernah bosan hahaha. Aku syak dia ni ada ilmu aa. Ilmu kasih sayang. Aiseh.






Dear Someone,

          Firstly, aku nak ucap tahniah sebab dah berjaya layan karenah aku yang degil lagi suka dengki ni selama lebih dari suku tahun hahaha. Thanks weh selalu ada untuk aku, selalu bagi moral support time aku mengalami kemurungan hahahahaha selalu nasihat aku, selalu jadi pendengar yang baik, selalu tegur kalau aku mencarut, selalu ingatkan aku minum susu, ingatkan aku makan, jadi tukang kejut yang paling penyabar dalam dunia, selalu paksa aku pergi klinik kalau aku sakit, selalu layan gedik aku, selalu sabar dengan perangai aku, sabar jadi tempat aku lepaskan marah, selalu bagi semangat kalau aku nak study, bagi semangat time aku stress siapkan assignment, selalu ingatkan aku baca doa tidur, selalu nyanyi untuk aku, and baaaaanyak lagi yang tak mampu aku nak taip haha. And aku nak mintak maaf bebanyak sebab selalu sakitkan hati kau, selalu jadikan kau mangsa keadaan hahahaha selalu lupa kau, selalu dengki, yela aku memang pendengki tegar kau kan hehehehehe and mintak maaf jugak sebab selalu degil taknak dengar cakap. Aku tahu aku ada banyak salah kat kau. Banyak tak banyak sangat aa tapi banyak la kalau nak dibandingkan dengan salah kau pada aku. Seriously kau memang pakwe paling cool tak menyakitkan hati walaupun kadang-kadang sakit hati jugak dengan kau sebab kau suka psiko aku wuwuwuwu and suka membebel hahahahaha. Cuma nak cakap sebenarnya aku suka jugak aa dengar kau bebel. Ok dah jangan perasan sangat. Apapun, aku nak kau tahu walaupun aku suka sakitkan hati kau, aku sebenarnya sayang kau sangat hihi. Aku harap kita boleh go through the ups and downs together, forever. Dugaan kita tak macam orang lain kan? Aku harap aku kuat, macam tu jugak dengan kau. Kau janji kan kau akan ada dengan aku sampai bebila? Kalau memang takde jodoh antara kita, aku akan tetap ingat janji aku. Tapi aku yakin aa beb kita ni berjodoh hewhew. Eh cam dah banyak sangat je aku bebel ni hehe sebab tula malas nak wish kat BBM nanti hang kau pepaham jela kan BlackBerry haha cam takde kaitan je wakakaka. Anyway, thanks for everything, sorry for everything and and and...... I LOVE YOU, BIE! :') *muka comel yang buat kau tak keruan LOL.





Thank you again. :)


*In real life takde lah kitorang ber-aku-kau. Saje je ni kan new year's special hewhew.


No comments:

Post a Comment