Dec 3, 2012

Vacation uols!



Hello everybody! Happy holiday to school students and teachers terutamanya. Haha macam ada diskriminasi di situ ya. Bukan apa, aku faham budak-budak UiTM bukannya tengah cuti pun sekarang ni. Ehh. But you know what, walaupun kami, student UiTM yang comel dan menawan memang bukan dalam minggu cuti, weols tetap menggunakan peluang yang ada to go for a vacation. Walaupun assignment belum siap, due date dah dekat, final is around the corner, emmm...........ada weols kisah?

So cerita dia macam ni, planning semua dibuat oleh housemates Mai and kononnya ni macam family day la untuk diorang but since aku pun dah macam one of the family member, so yea, aku pun dijemput sekali untuk memeriahkan majlis lagipun nak cukupkan 10 orang and sorang daripada diorang tak boleh join atas sebab-sebab tertentu so ni kira cam aku ganti tempat dia la and aku rasa kalau dia ada aku tak dijemput pun warghhh sedihnya kbai macam takde titik noktah je?

Kos untuk vacation ni RM100 sahaja untuk seorang. So pergi memang bawak diri dan baju-baju je. Tapi itu kalau kau memang plan taknak beli souvenir atau taknak shopping lah kan cerita dia hahahahaha. Kot ya pun bawak lah dalam RM100 lagi tambahan. So total untuk vacation hanya RM200 seorang. Itu pun ada lebih. Trust me.

So kawan-kawan, destinasi pilihan kami ialah..........Port Dickson! Tak kisah la tempat dia interesting ke tak, yang penting aku bosan nak ngadap kolej hari Sabtu dan Ahad. HAHA. Nak dipendekkan cerita, hari Sabtu, bersamaan 1 Disember 2012, jam 8.30 pagi, kami pun bertolak menuju ke Port Dickson dengan 2 buah kereta sewa yang dipandu oleh bukan aku. LOL. Tu kereta auto. Aku tak pernah drive auto lagi seumur hidup aku. Ya aku tahu aku tak bergaya. Kbai.

Selepas lebih kurang 4 jam perjalanan yang penuh kesesatan dan kepusingan serta kepatah-balikan, kami pun tiba di destinasi yang dituju iaitu Teluk Kemang. Kami menginap di Kemang Indah Kondominium yang agak creepy dari luar tapi ohsem dari dalam. Sila rujuk gambar di bawah.






Bahagian dalam. Ohsem uols!


Oh ya, swimming pool dia agak dalam. Kalau berdiri biasa memang tenggelam kepala (tak termasuk jendul) aku yang berketinggian 159cm ni. Dan sebab mandi pool ni jugaklah rambut aku rasa macam penyapu yang warna coklat tu aku tak tahu nama dia kbai.




View dari luar. Creepy kan?


Kondo ni ada 2 bilik. Dalam dia pun lawa and semua benda dah ada. Dari pinggan mangkuk sampailah ke lesung batu semuanya disediakan. Tinggal nak bawak makanan je. Fridge pun ada, jangan risau.










Eh? Bye.


So guys, jom kita ke pantai pula. Pantai Teluk Kemang memang ohsem sebab ada banana boat. Lepas warning abang tu untuk tak terbalikkan banana boat, aku pun excited gila duduk bahagian paling depan. Seriously cool and ohsem! Agak jauh jugaklah dia bawak kitorang jalan-jalan. Sempat jugaklah kitorang nyanyi lagu Ombak Rindu kat atas bot tu.

Bila dah dekat sikit dengan pantai, abang tu pun angkat tangan siap dengan thumbs up. Aku yang duduk paling depan dah pucat lesi. Aku tahu tu isyarat dia nak terbalikkan bot. Dengan sekelip mata, banana boat tu pun terbalik dengan penuh bergaya. Ada la dalam seteguk air laut Port Dickson masuk dalam perut aku. And the most extreme part is, life jacket aku terbukak. Tapi memandangkan aku ni cool, aku tarik life jacket tu and peluk kuat-kuat. Lepas tu aku jerit aa complaint kat abang tu tapi dia selamba je cakap "Terbukak takpe, tak lemas." K bang.




Been here.



Pantai berdekatan kondo. Tak mandi pun kat sini. Jalan-jalan je.



Btw, sorry takde gambar naik banana boat atau gambar mandi. Pakai bikini la, malu nak tunjuk. LOLOLOLOL. So malam tu aktiviti kitorang barbeque je kat kondo sebab kat pantai tak boleh barbeque nanti kena saman. Cerita pasal barbeque, terima kasih la kat abang sayang yang ajar cemana nak bakar arang. Hihik ;D

So guys, keesokannya, aku lupa pukul berapa, kitorang pun menuju pulang ke Melaka dan terpaksa menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar UiTM Kampus Bandaraya Melaka seperti biasa. UiTM di hatiku! Blerghhhhhh bye.




No comments:

Post a Comment